Thursday, October 28, 2010

ARTIKEL 2 : APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN (ABM)

Seni merupakan salah satu dari pendidikan. Seni mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah. Mengikut Ensiklopedia Malaysian seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran. Mengikut Ibnu Khaldun seni itu adalah kebenaran, keindahan, dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika. Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
Seni dalam pendidikan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera mereka. Melalui cara ini, murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mendacapai kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada dan oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan persekitaran yang memberikan inspirasi. Antara matlamat seni dalam pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih cemerlang dan bersifat holistik.
Terdapat banyak kaedah pengajaran yang kreatif terutamanya dalam menggunakan alat bantu mengajar (ABM). Guru perlu menggunakan setiap kemudahan yang diberikan dengan kreatif. Diantara alat bantu mengajar yang terdapat di sekolah seperti papan putih, LCD, komputer, kertas majong, video projektor dan sebagainya. Kedudukan media pendidikan sebagai alat bantu mengajar ada dalam komponen metodologi, sebagai salah satu lingkungan pembelajaran yang diatur oleh guru. Setiap kompenan menpunyai fungsinya yang tersendiri. Guru perlu memahami dan menguasai penggunaan setiap alat bantu mengajar supaya guru dapat memanfaatkan kesemua alat atau bahan yang disediakan, dengan ini kualiti pengajaran dapat dipertingkatkan.
Di antara manfaat alat bentu mengajar iaitu melalui alat bantu mengajar, murid akan lebih berminat dan tertumpu kepada pembelajaran berbanding dengan hanya mendengar huraian dari guru (komunikasi verbal) yang cukup membosankan pelajar kerana ianya tidak menarik perhatian pelajar. Bahan pengajaran akan lebih jelas maknanya sehingga dapat difahami oleh murid dan murid akan menguasai tujuan pengajaran lebih baik. Selain itu, metode pengajaran akan lebih bervariasi. Murid juga banyak melakukan kegiatan belajar daripada hanya mendengar huraian daru guru malahan aktivitilain seperti mengamati, melakukan, mendemonstrasikan dan lain-lain. Seterusnya pembelajaran akan lebih menarik perhatian murid sehingga dapat melahirkan motivasi dalam diri setiap murid. Kreativiti bukan sahaja tertumpu didalam bilik darjah, tetapi persekitaran diluar bilik darjah juga boleh dimanfaatkan oleh guru. Misalnya guru pendidikan seni yang ingin pelajarnya menghasilkan lukisan perlu memberi kebenaran kepada muridnya menikmati lukisan yang ingin dilakarkan disekitar kawasan sekolah.
Setiap guru tidak kira guru itu mengajar subjek apa sekalipun, perlulah menggunakan sepenuhnya alat bantu mengajar yang telah disediakan oleh sekolah. Bukan itu sahaja, tetapi guru haruslah kreatif dalam menggunakan kesemua alat-alat tersebut. Bukan sekadar bercakap dan menulis sahaja, kita perlulah tegas dalam melakukan sesuatu perkara. Sekiranya kita lihat, sesetengah guru mengambil remeh akan hal ini. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana sebelum mengajar guru telah dibekalkan dengan pelbagai ilmu, tetapi sikap guru yang tidak mengambil berat akan hal ini membawa kesan yang buruk kepada pengajaran mereka semasa di sekolah. Dalam hal ini guru amat berperanan penting untuk menjalankan aktiviti yang boleh meransang pelajar-pelajarnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. untuk menjadi seorang guru bukan sahaja mengajar malahan peranan guru juga sebagai pengurus bilik darjah untuk menjadikan bilik darjah yang ingin diajar berada dalam keadaan selesa, bersedia dan ceria.
Alat bantu mengajar sebenarnya banyak membantu guru menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu ianya juga boleh mengaplikasikan pelbagai cara pengajaran agar lebih kreatif dan berseni. Oleh itu, sedar atau tidak setiap yang berlaku sebenarnya ada seninya termasuklah cara pengurusan dalam sesuatu urusan. Pengurusan yang tersusun itulah seni. Begitu juga didalam pendidikan, kita perlu sedar dengan adanya cirri-ciri kesenian yang diterapkan, apa yang diajar akan lebih berkesan diminda pelajar.

Sumber:
Dipetik daripada: Blog Limau Purut Limau Kasturi 
Rujukan: Drs. Harjanto. (2005). Perencanaan Pengajaran. Pt Rineka Cipta. Jakarta. Cet4
Penulis : Cheq Naa

No comments:

Post a Comment

Post a Comment