Wednesday, November 3, 2010

ARTIKEL 3 : Seni Dalam Pendidikan

KONSEP DAN LATAR BELAKANG
Seni Dalam Pendidikan merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Kefahaman dalam ketiga tiga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi. Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata pelajaran lain.
Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat atau kebolehan.

Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang.

Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif.
Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar

Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi

Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh

Belajar cara belajar aplikasi informasi secara berkesan

Penghubungkaitan, gerak hati, celik akal dan kecerdasan lateral Leaps
Contoh:

Beberapa contoh menunjukkan gabungan seni dalam mata pelajaran lain seperti sains dan bahasa inggeris.

Sumber :
Dipetik daripada: Art Empowering Us Sumber
pismppsviptawau.blogspot.com/2009/07/inila-ma...

No comments:

Post a Comment