Thursday, November 4, 2010

ARTIKEL 6 : Pelukis Terkenal, Wang Peidong


  Pelukis Wang Peidong yang tinggal di kaunti Wuyang, provinsi Henan di kawasan tengah China terkenal kerana lukisan bunga dan burungnya yang cantik dalam lukisan tradisional China. Lukisannya kerap kali memperoleh anugerah di dalam dan luar negara, dan dimasukkan dalam banyak album lukisan. Pada tahun 2007, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada 30 orang pelukis bunga dan burung yang paling berpotensi di China pada zaman moden. Beliau juga banyak terlibat dalam program pertukaran kebudayaan antara China dengan negara lain.


Lukisan beliau tentang bunga teratai yang bertajuk "Kekal Murni" meraih pujian pelukis dan penonton China dan Jepun dalam pameran anjuran bersama Akademi Seni Lukis Beijing dan Galeri Seni Lukis Selatan Jepun pada tahun 1982. Selepas itu, karya beliau tentang bunga dan burung kerap mendapat anugerah dalam negeri, dan dikumpulkan dalam "Karya Terkumpul tentang Bunga dan Burung pada Zaman Moden di China" dan "Kumpulan Lukisan China dalam 100 Tahun yang Lalu". Pada tahun 2007, beliau pula dipilih sebagai salah seorang daripada 30 orang pelukis bunga dan burung yang paling berpotensi di China.


Sumber :
malay.cri.cn/mmsource/images/2009/11/11/969ad...

No comments:

Post a Comment